Salam Kemerdekaan 2018

Selalu gak orang tanyo den, “Apo sodap eh main redio nie?”. “Ontah la, den pun tak tau. Sobab den gomar cakap kek redio kot. Marin maso memudo nak jadi DJ redio, tapi soro tak sodap, tu yang tak dapek tu. Den cubo torangkan secara ringkas agar orang yang bertanyo tu paham. Sebonarnya, den pun tak tau apo yang best eh, tapi den gomar dongar orang cakap. Hehehehe…

Ghaso eh, ini la kali pertamo den poie perarakkan kemerdekaan walaupun den dah 39 tahun merdeka. Disobakan ghumah den dokek ngan Dataran Putrajaya, den ghaso den nak poie tahun nie. Iyo la, menapak pun sampai. Sebonar eh, den naik keto gak. Sobab kesiankan kek bebudak nie nak kono menapak. Bilo sampai jam 8 pagi, osah ghamai boto umat Nabi Muhammad nie. Den sebonar eh, terujo boto ngak tengok nengok aset udara kito. Orang koba kito ado Sukoi (Sukhoi Su-30MKM) ngan Airbus A400. Kot Pendekar ker, den dah ponah tengok. (Pendekar merupakan jolokan nama kereta kebal tempur utama Malaysia ataupun PT-91M).

Continue reading “Salam Kemerdekaan 2018”

Walkie Talkie

Suatu ketika dahulu, zaman di mana aku tidak mengenali apakah itu walkie talkie. Zaman yang pada aku dengan menekan button dan terus bercakap di corong mic walkie talkie. Bila hendak membeli walkie talkie untuk kegunaan event, aku akan tanya. “Tauke, berapa jauh ini walkie talkie boleh pergi?”.  Dengan yakin, tauke itu menjawab, “Haa, manyak jauh. 10km boleh pergi”. Aku dengan yakin pun menggunakannya, bila guna. Nak borak 2km dengan member pun susah. Ishh, kena kencing aku.

Tahukah anda, walkie talkie dipanggil HANDY TALKIE oleh pengendali radio amatur.

Bedasarkan pengalaman terdahulu aku, aku amat yakin walkie talkie tak boleh borak jauh-jauh. 

KINI

Pada hari ini, aku rasa tauke yang jual walkie talkie kat aku dulu-dulu tu tak tipu. Hari ini aku mengalami sendiri walkie talkie macam ini berupaya untuk hantar frekuensi pada jarak 9000km!!!

Merujuk pada data di atas, aku dapat menghantar frekuensi radio pada International Space Station pada jarak 9030km. 

#9w2dfl
#hobiorangtua
#amatuerradio